Sunday 1 January 2012

Episod #3 Siri "Biarkan Aku Menyayangimu, Bro"

   Petang itu, sejak kembali dari perpustakaan, Haris Zalman hanya duduk di dalam bilik kolejnya di aras 4. Dia sempat makan tengah hari bersama-sama dengan rakan lamanya di kafeteria. Kawannya sempat menegur sikap Haris semasa makan yang asyik termenung. Dia tidak menyedari bahawa fikirannya agak melayang pada ketika itu. Mungkin kerana pukul 4 nanti, jejaka itu bakal menemuinya. Inilah penyebab kerunsingan bagi Haris seharian. Jam pada telefon bimbitnya menunjukkan 10 minit lagi untuk 4pm. Haris bangun dari tidur-tidur ayamnya. Dia duduk di tepi katil. Hatinya gelisah semacam.


"Kenapa dengan aku ni aduh, tak tahanlah macam ni..jumpa ajelah dengan dia." Katanya.
"Emm..lagipun dia datang depan kolej ni, tempat awam, tak kan tu pun aku nak takut" Desus hatinya.


   Haris terasa debaran yang tiba-tiba datang. Seperti akan menjadi suatu yang besar padanya pukul 4 petang itu. Dia menunggu saat-saat itu dengan debaran yang memuncak. Dia bakal bertemu dengan jejaka bro2278 itu.Siapa gerangannya, dia tidak tahu, kenapa nak jumpa, menjadi persoalan di mindanya. Dia siap berseloroh pada hatinya menenangkan debaran yang menjadi-jadi.


"Mungkin dia ni handsome kot,..jumpa jelah, manalah tahu..jadi balak aku ke..emm"


   Haris duduk di hadapan meja studynya. Komputer riba Toshiba di buka. Dia mengklik capaian broadband 3Gnya dan membuka window Yahoo Messenger. Dia menerima satu lagi mesej..

bro2278 : BUZZ! Abang akan datang ok! Abang nak jumpa adik. Motor abg Kawasaki ninja250r tau. kaler itam..nombor WKY 2278. Tunggu tau dpn kolej tu.


   Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa debaran yang dirasakan oleh Haris Zalman. Jejaka itu betul-betul akan muncul tidak lama lagi. Mesej itu dihantar pada tengahari tadi. Haris merasakan debaran jantungnya bercampur-baur dengan sesuatu. Sesuatu yang tidak dipastikan oleh dirinya. Sesuatu yang sudah lama tidak dirasakan oleh nalurinya.Ianya ialah..keinginan


   Haris terasa panas. Kipas yang berpusing di atas dalam keadaan yang perlahan. Dia berdiri untuk membuka tingkap bilik dan pada ketika itulah, dia terdengar bunyi enjin motor berkuasa tinggi. Seakan-akan menandakan sesuatu pada pengetahuannya. Motor berkuasa tinggi itu dilihat menuju ke parking lot kolej yang betul-betul berada di hadapan blok kolej 5 tersebut. Penunggangnya tiba-tiba mendongak ke atas. Kearah tingkap bilik Haris.


   Seperti terkena panahan aura dewa jika boleh dikatakan, pandangan penunggang itu terkena dengan muka Haris yang sedang membuka tingkap. Seolah-olah penunggang itu tahu dia adalah Haris Zalman. Haris tercegat sejenak dengan tangannya yang masih memegang erat kunci pembuka tingkap itu. Pandangannya pada motor hitam itu.Ya, itulah Kawasaki Ninja250R bernombor pendaftaran WKY 2278.Penunggangnya berjaket kulit berbaju stripe warna biru dan putih. Berhelmet hitam. Penunggang itu memberhentikan enjin motornya. Dilihatnya ke atas ke aras 4. Haris pasrah.


"Dia dah datang! Aku kena beranikan diri..aku tahu, aku mahu..biarlah ia berlaku. Aku ingin bertemunya.."





4 comments:

  1. menarik.. ada ada suspens ujung2.. :)
    he must be very handsome kan?
    ;)

    ReplyDelete
  2. huhuhu makin menarik.... kankan kan kak sucikudus?

    ReplyDelete
  3. tell us more...!! every single detail if possible. huhu.. ;p

    ReplyDelete
  4. Hurm menarik... we want more...
    setia menunggu...

    ReplyDelete